Kegunaan lain Taksonomi

Taksonomi-taksonomi seperti yang dianalisis oleh Durkheim dan Lévi-Strauss kekadangnya dipanggil taksonomi folk untuk membezakannya daripada taksonomi saintifik yang mendakwa bahawa sistem-sistemnya telah diasingkan daripada perhubungan sosial dan oleh itu, adalah objektif dan sejagat.

Folksonomi yang merupakan neologisme yang baru, harus tidak dikelirukan dengan Taksonomi Folk (walaupun perkataan itu jelas merupakan satu penyingkatan untuk dua patah perkataan itu). Mereka yang menyokong taksonomi saintifik baru-baru ini telah mengkritikkan folksonomi dan menggelarkannya sebagai fauksonomi.

Frasa taksonomi syarikat digunakan dalam perniagaan untuk memerihalkan suatu bentuk taksonomi yang amat terhad dan hanya digunakan di dalam sebuah pertubuhan.

Bidang untuk menyelesaikan persamaan berangka yang menyifatkan semua kuantiti boleh ukur bagi satu set benda dipanggil analisis gugusan; ini adalah satu bentuk taksonomi yang dipanggil taksonomi berangka atau taksimetrik.